Sabtu, 31 Oktober 2009

Melayan Keboringan....

Sepatutnya tiada istilah-istilah boring atau bosan lahir yang patut wujud..
Minggu depan exam, tapi pelik! Kenapa ada perkataan bosan atau boring itu.
Dia sememangnya tidak patut wujud....
Atau benarlah...Aku adalah dalam kalangan mereka yang gagal..
Dalam kalangan mereka yang tidak bersyukur..
Dalam kalangan mereka yang tidak kenal erti menghargai..
Aku cuba..
Terus mencuba...
Semoga ada sinar itu...
Pelangi.. Aku harap kemunculanmu..
Di hujan MALAS yang sedang hebat melanda diri ini..
Reda lah wahai hujan..
Benarkan aku melihat Pelangi....
p/s Demi masa..Sesungguhnya, Manusia dalam kerugian!

Muhasabah Cinta..

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu


Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu


Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi
Muhasabah cintaku


Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu

Isnin, 26 Oktober 2009

Pernah Lihat Pelangi?????

Aku suka tengok PELANGI!!!
Cantik bukan????

Aku ada sediakan gambar-gambar Pelangi...
Aku minta dari pacik Google Images...huhu


Dengan itu mempersembahkan.....












Dulu, masa kecil-kecil! Aku suka tengok pelangi....Sekarang juga! Semestinya! Di sini Aku ingin berkongsi sedikit pengalaman atau lebih kepada cerita di sebalik pelangi sebenarnya. Teman-teman pernah dengar Mitos berkenaan Pelangi??? Aku yakin, setiap daripada kita pasti pernah mendengar atau dimomokkan dengan cerita-cerita yang Aku juga yakin susah untuk kita percaya sekarang... Contohnya, "Anak dara, tidak elok menyanyi di dapur!! Nanti dapat jodoh yang lebih tua"... Hahaha..lucu bukan??? Padahal, orang dulu-dulu sebenarnya mahu anak mereka masak atau buat kerja dapur dengan lebih tekun dan teliti. Tapi menggunakan pendekatan seperti itu agar anak-anak mereka takut...Yalaah, siapa mahu jodoh yang sudah tua kann?? ermmmm...Bijak2!

Jauh menyimpang topik Aku!! Ok, pernah dengar tentang mitos pelangi pulak?? Aisshh...soalan yang sama.. huhuhu...Dulu, masa kecil-kecil! Bila hujan renyai-renyai turun, dan selepas itu matahari keluar! Ermmm..Atau lebih dikenali sebagai Hujan Panas! Pasti Pelangi akan muncul selepas itu.... Haaaaa...Di sini la mitos-mitos itu keluar! Antara mitos-mitos yang selalu aku dengar.. Jangan gunakan jari telunjuk Tangan untuk menunjuk ke arah Pelangi tersebut...Nanti PUTUS!!! Seram bukan??? Lagi, jangan merayau-rayau semasa Hujan Panas.. sebab masa tuu, Pontianak tengah Beranak!!!!Lagi lah seram... Semestinya, Aku dan teman-teman tidak berani menunjuk ke arah Pelangi mahupun keluar merayau-rayau sebab takut terserempak dengan Pontianak yang tengah Beranak!!!hahaha... Sweet Memory!!!!

Aku ada lagi satu cerita berkenaan Pelangi.... Dulu, aku pernah tanya Kakak aku!! Ada apa sebenarnya di Pelangi itu???? Kenapa dia cantik sangat???? Kenapa dia jarang muncul???? Kenapa.....dan Kenapa????...... Tahu apa jawapannya?.....Ermmm, Adik! Pelangi tu muncul dari atas langit...Kayangan! Di atas Kayangan itu, ramai puteri-puteri cantik. Apabila Pelangi itu muncul, maknanya Puteri-puteri itu turun ke bumi untuk mandi.. Waahhh!! Menarik!!! Katanya lagi.. di mana Pelangi itu berakhir, di situ lah puteri-puteri cantik itu mandi... Apa lagi.. Otak AKu pun ligat berfikir, macam mana hendak sampai ke penghujung Pelangi itu... huhuhuhuu... Mahu berjumpa Puteri Kayangan!!!



Ada lagi kah MITOS-MITOS ini sekarang???????




p/s Agaknya...Puteri kayangan tu tengah seronok mandi di sebalik pokok2 itu..

Jumaat, 23 Oktober 2009

Profesion KeGuruan

Nampak skema ja tajuknya...

Tapi, sebenarnya Aku ingin berkongsi sedikit pengetahuan.

Pengetahuan yang Aku timba hasil daripada pembacaan.

Tidak beerti Aku seorang yang sangat rajin membaca ya!!!

Semalam, aku ada TEST aka Ujian...huhuhu..

kalau boleh aku ingin meminimumkan penggunaan bahasa campur-campur

aka rojak Ku di blog yang baru lagi indah ini.. Doa-doakan!!;)


Berbalik kepada hasil pembacaan Aku...

Yah.. Yang semestinya melekat di ruang minda,

Sebab menelaah sehingga lewat malam

(huhuhu...Belajar last minit sebenarnya sebab itu sampai lewat malam!!)

Baik-baik!!!!

Terus kepada Subjek utama...

Sesiapa teman-teman yang mengambil Ujian yang sama pasti ingat akan ini:



Abdullah Hj Omar (1980) menyatakan:


Sifat-sifat Orang yang menjadi Guru terbahagi kepada 3!

Aku terkesima sebenarnya membaca bahagian ini...hehehe..TERASA!


Sifat-sifat itu adalah:


1. Guru yang sebenar-benarnya guru dalam erti kata beliau adalah berdedikasi, suka dan minat kepada pekerjaannya.


2. Guru yang bukan guru dalam erti kata lain, beliau tidak berminat dengan profesionnya. Menjadi guru secara kebetulan.


3. Guru yang kehilangan arah disebabkan kekecewaan dan masalah peribadi yang tidak dapat diatasinya....



Macam mana teman-teman????

Guru yang bagaimanakah anda???


Aku??


Semestinya bukan yang ketiga!


Yang kedua...Mungkin!!! huhuhu..............




p/s Trying Harder to being in love wif this profession n to be a better
Teacher!!! Wish for me....

**...PERTAMA KALI...**

Setiap orang pasti pernah merasa,

Pertama kali!!!!


Yaa...Untuk AKU juga.... Ini enTri yang Pertama Kalinyaa...


Bukan untuk sUka-Suka...



Tapi Untuk Ingatan di haRi tua...



Supaya cUcU dan MungkiN ciciT ku Nanti tahu...



Yang Aku Juga PERNAH muDA JeliTa....



;)




Masih belum teRlambat kan???



**...Be not afraid of going SLOWLY. Be Afraid only of STANDING STILL...**



p/s **... SemOga perjalanan ini ditaburi Bunga2 indah!!...**