Isnin, 26 Oktober 2009

Pernah Lihat Pelangi?????

Aku suka tengok PELANGI!!!
Cantik bukan????

Aku ada sediakan gambar-gambar Pelangi...
Aku minta dari pacik Google Images...huhu


Dengan itu mempersembahkan.....












Dulu, masa kecil-kecil! Aku suka tengok pelangi....Sekarang juga! Semestinya! Di sini Aku ingin berkongsi sedikit pengalaman atau lebih kepada cerita di sebalik pelangi sebenarnya. Teman-teman pernah dengar Mitos berkenaan Pelangi??? Aku yakin, setiap daripada kita pasti pernah mendengar atau dimomokkan dengan cerita-cerita yang Aku juga yakin susah untuk kita percaya sekarang... Contohnya, "Anak dara, tidak elok menyanyi di dapur!! Nanti dapat jodoh yang lebih tua"... Hahaha..lucu bukan??? Padahal, orang dulu-dulu sebenarnya mahu anak mereka masak atau buat kerja dapur dengan lebih tekun dan teliti. Tapi menggunakan pendekatan seperti itu agar anak-anak mereka takut...Yalaah, siapa mahu jodoh yang sudah tua kann?? ermmmm...Bijak2!

Jauh menyimpang topik Aku!! Ok, pernah dengar tentang mitos pelangi pulak?? Aisshh...soalan yang sama.. huhuhu...Dulu, masa kecil-kecil! Bila hujan renyai-renyai turun, dan selepas itu matahari keluar! Ermmm..Atau lebih dikenali sebagai Hujan Panas! Pasti Pelangi akan muncul selepas itu.... Haaaaa...Di sini la mitos-mitos itu keluar! Antara mitos-mitos yang selalu aku dengar.. Jangan gunakan jari telunjuk Tangan untuk menunjuk ke arah Pelangi tersebut...Nanti PUTUS!!! Seram bukan??? Lagi, jangan merayau-rayau semasa Hujan Panas.. sebab masa tuu, Pontianak tengah Beranak!!!!Lagi lah seram... Semestinya, Aku dan teman-teman tidak berani menunjuk ke arah Pelangi mahupun keluar merayau-rayau sebab takut terserempak dengan Pontianak yang tengah Beranak!!!hahaha... Sweet Memory!!!!

Aku ada lagi satu cerita berkenaan Pelangi.... Dulu, aku pernah tanya Kakak aku!! Ada apa sebenarnya di Pelangi itu???? Kenapa dia cantik sangat???? Kenapa dia jarang muncul???? Kenapa.....dan Kenapa????...... Tahu apa jawapannya?.....Ermmm, Adik! Pelangi tu muncul dari atas langit...Kayangan! Di atas Kayangan itu, ramai puteri-puteri cantik. Apabila Pelangi itu muncul, maknanya Puteri-puteri itu turun ke bumi untuk mandi.. Waahhh!! Menarik!!! Katanya lagi.. di mana Pelangi itu berakhir, di situ lah puteri-puteri cantik itu mandi... Apa lagi.. Otak AKu pun ligat berfikir, macam mana hendak sampai ke penghujung Pelangi itu... huhuhuhuu... Mahu berjumpa Puteri Kayangan!!!



Ada lagi kah MITOS-MITOS ini sekarang???????




p/s Agaknya...Puteri kayangan tu tengah seronok mandi di sebalik pokok2 itu..