Khamis, 19 November 2009

Sebuah kisah klasik!!!!!!!!




Ramai orang mengata, Jangan dikesalkan setiap pertemuan itu kerana tanpa pertemuan kita tidak akan mengenali sesiapapun. Benarkah??

Tapi ada pula yang berkata pertemuan itu hanya satu penyiksaan.
Bagaimana pula dengan orang yang berkata penyiksaan itu adalah satu perhubungan??
Di mana ia mampu menyatukan dua keping hati yang berjauhan.

Haruskah perkara sebegini wujud di dalam hati seseorang insan yang benar-benar setia?? Mengapa tidak?? Bukankah kau pernah berkata Ia setia... Mengapa tidak diuji! Sedangkan kau tahu yang kita sentiasa diuji. Tapi mengapa dia terkecuali? Jika benar harus diuji, apa gunanya kesetiaan yang ada??? Apa maknanya kesetiaan jika ia masih dicurigai??

Di sebalik tabir kata-kata manis yang diucapkan, ada yang menyedihkan di mana sentiasa melukakan sedikit demi sedikit, hari demi hari. Namun, hingga kini ada yang memendam.... Katanya, biar dia saja yang tahu, biar dia saja yang merasa....Biar dia saja yang hadapi.

Katanya, asalkan orang yang disayanginya bahagia dan gembira.

Tapi dia lupa seperkara, lupa akan kata-kata setia di mana dia pernah katakan gembira biar bersama, terluka biar bersama. Pernah diungkapkannnya kata-kata itu.... Tapi mengapa dia lupa??

Adakah dia sengaja ataupun dia belum cukup setia, atau tidakkah terlintas difikirannya bahawa perbuatannya itu hanya akan membuat orang lain sedih, derita dan kecil hati. Mengapa harus ditanggung sendiri?? Mengapa terlalu tamak sehingga berkongsi pun dia tidak sanggup? Salahkah menghadapinya bersama-sama? Berdosakah melakukan semua itu??

0 PaNdaNgaN: